Isnin, 15 November 2010

Tahun 2010 di WGPS

Pengalam saya semasa berada di dalam darjah lima ada pelbagai peristiwa.Ada yang manis dan ada juga yang pahit.
Kenangan manis yang saya akan ingat buat selama-lamanya ialah saya mendapat markah tertinggi dalam mata pelajaran Science dan saya pernah membuat persembahan untuk murid-murid darjah satu dan dua.
Kenangan pahit ialah saya tidak memenangi apa-apa dalam sesuatu pertandingan sukan dan saya gagal dalam mata pelajaran Matematik.Kenangan itu sangat pahit bagi saya walaupun begitu saya mendapat pelajaran dari kenangan pahit itu,pelajarannya ialah saya harus bersiapa terlebih dahulu untuk peperiksaan dan pertandingan.Pengalaman yang memalukan dan mengecewakan ialah pengalaman dimarahi guru kerana tidak membawa buku dan tidak mendengar arahan guru.Saya berasa malu dan kecewa akan diri saya.Mulai hari itu saya mendengar arahan guru dengan teliti.Pengalaman pahit yang saya lalui ialah saya bergaduh dengan rakan baik saya.Pelajaran yang saya pelajari ialah saya harus jaga dengan apa yang saya katakan.
Kenangan yang saya banggakan ialah saya mendapat nombor empat di dalam kelas saya dan saya mendapat peluang untuk ke Brunei Darulsallam bersama rakan-rakan sekelas saya dan saya tahu peluang ini tidak akan datang lagi.

Isnin, 25 Oktober 2010

Menjelang Peperiksaan

Menjelang peperiksaan saya harus belajar dengan tekun.Saya harus mengulang kaji pelajaran saya setiap hari.Saya harus memberi sepenuh perhatian di dalam kelas.Saya harus memberitahu guru saya jika saya ada masalah dengan mata pelajaran tersebut.Saya harus menanya soalan supaya saya akan lebih memahami dengan lanjut.Saya mahu lulus di dalam semua mata pelajaran,bukan sahaja lulus tetapi mendapat markah yang cemerlang dan dapat membangankan ibu bapa saya dan guru yang telah mengajar saya.

Khamis, 23 September 2010

Sajak Tentang Hujan

Ini ada sekuntum sajak tentang hujan:

Ada yang berkata
engkaulah yang menghiburkanku
yang membasahi bumi
itulah,hujan ?

Ada yang berkata
engkaulah turun dengan lebat sekali
membawa rahmat buat kami
indahnya kamu ,hujan?

Aku ingin berkata
apatah daya aku yang lemah ini
aku hanya insan biasa
engkaulah yang menghibur diriku
engkaulah inspirasi

Rabu, 15 September 2010

Terjadinya hujan air batu di Singapura

Hujan air batu sangat bahaya kerana saiznya yang sekecil kacang pea dan sebesar bola golf akan menyebabkan kecederaan di kepala kita jika ia jatuh dan terkena kepala kita.

Jika hujan air batu terjadi di Singapura,saya akan rasa takut dan risau.Saya akan rasa takut kerana itu kali pertama hujan air batu yang pernah saya alami.Saya rasa risau kerana saya akan teringat bagaimana keadaan ibu bapa saya jika mereka berada di luar seperti di jalan raya.

Isnin, 2 Ogos 2010

Pencapaian Diri Saya Daripada 2006 Hingga 2009

Saya telah dapat nombor dua di dalam kelas apabila saya di dalam darjah dua.Saya dapat pingat emas untuk peraduan shotputt apabila saya di dalam darjah empat,saya sungguh bangga akan diri saya.Apabila saya di dalam darjah lima saya telah dapat markah yang tertinggi di dalam kelas saya dalam mata pelajaran Science.Ibu bapa saya sungguh bangga akan diri saya.Harapan saya ialah saya hendak mencapai lebih banyak anuggerah dan membuat orang yang menyangi saya bangga akan diri saya.

Isnin, 26 Julai 2010

Kuiz bahasa Melayu di dalam bilik darjah

Guru saya akan menguji saya dan rakan-rakan sekelas saya dalam bilik darjah tentang peribahasa.Pada pendapat saya ujian ini atau kuiz ini adalah bagus kerana kita akan dapat menggunakan dalam kehidupan seharian kami semua dan juga dalam karangan kami.

Aktiviti "Bawa dan Berborak"

Aktiviti seperti Bawa dan Berborak adalah salah satu latihan yang bagus dan tidak membosankan untuk melatih kita untuk mengambil oral.Kita akan disuruh membawa mainan kegemaraan kita dan berborak tentang mainan itu.Dengan aktiviti seperti begini akan membuat kita menggunakan bahasa Melayu dengan lebih lancar.

Perkhemahan Bahasa

Pada tahun 2008, sekolah saya telah menganjurkan Perkhemahan Bahasa untuk murid-murid melayu darjah enam selama dua hari dan tema tahun itu adalah Tinjauan Nostalgia yang akan membuat murid-murid berikut merasakan keseronokkan permainan zaman apabila ibu bapa atau datuk nenek mereka masih kecil. Mereka akan bermain dengan Innova Junior College.Nama-nama permainan yang mereka main adalah Tarik Guni,Pusing-pusing Tepung,'Zero Point',cara-cara untuk membuat Wau,Permainan Capteh dan Tayar Basikal.Mereka juga ada persembahan Dikir Barat daripada Innova Junior College dan Drama daripada murid-murid darjah enam.

Bengkel Penulisan Kreatif

Bengkel Penulisan Kreatif adalah sebuah bengkel yang berguna kerana dengan bengkel ini murid-murid dapat mempelajari taknik - taknik untuk menangkap minat pembaca.Taknik-tanik yang boleh digunakan adalah memulakan karangan itu dengan dialog,imbas kembali dan bunyi yang menarik perhatian murid-murid ini juga diajar untuk mengunakan deria dalam karangan.Dengan menggunakan taknik-takni ini murid-murid akan dapat markah yang memuaskan hati.

Pertandigan Blogging

Pertandingan blogging adalah salah satu aktiviti yang bagus untuk bahasa Melayu kerana ini akan membuat murid-murid bahasa Melayu akan lebih kreatif di dalam karangan dan kefahaman jika ada soalan yang menayakan untuk murid itu menjelaskan akan membuat murid itu lebih senang untuk menjawab soalan berikut dan jelas.Mungkin ada yang mengangkap pertandigan ini sebagai latihan untuk menggunakan bahasa Melayu lebih banyak daripada sering menggunakan bahasa Inggeris untuk blog mereka.

Lawatan Pendidikan ke Brunei

Di perpustakaan Brunei,ada beberapa aktiviti berbahasa melayu yang mereka menganjurkan di dalam perpustakaan.Sebagai contoh aktiviti yang mereka ada di perpustakaan itu adalah,peraduan bercerita secara spontan.Mereka harus melihat sekeping gambar dalam beberapa minit dan membuat sebuah cerita.Ada peraduan berlakon dan banyak-banyak lagi. Di sana bahasa mereka kendengaran seperti bahasa Indonesia.Mereka harus mempelajari beberapa bahasa Melayu kerana di Brunei lain daerah ada bahasa mereka sendiri dan agak susah untuk mereka berkomunikasi apabila mereka ke daerah yang lain dari daerah asal mereka.

Selasa, 20 Julai 2010

Hari Keharmonian Kaum

Di sekolah saya ada persembahan tentang topik Hari Keharmonian Kaum.Dari persembahan ini saya mempelajari tentang kaum Melayu,Cina,India dan Serani.Saya dapat belajar tentang makanan yang mereka makan,sambutan yang ada untuk kaum tertentu dan pakaian tradisional mereka.Ada juga persembahan fesyen.
Di kantin sekolah saya,pemilik kedai akan menjual makanan dan minuman kaum mereka.Makan-makan itu nampak lazat.Dengan bergini murid-muirid yang lain kaum akan dapat makan kuih-muih tradisional kita dan mempelajari nama-nama kuih-muih yang mereka makan.

Jumaat, 16 Julai 2010

Peraduan Peramida

Peraturan permainan ini adalah ada dua orang peserta,salah seorang peserta harus meneka dan memandang kepada penonton dan seorang lagi harus memberi gambaran tentang benda atau perkataan itu.Sebagai penonton kita rasa berdebar-debar di hati.Saya pernah mencuba permainan ini ia sangat mencabar dan kita harus memberi keterangan yang sangat jelas untuk orang yang meneka jawapannya.

Sabtu, 10 Julai 2010

Peraduan Shahiba

Peraduan Shahiba mermelukan otak yang cergas kerana kita harus berfikir dengan pantas.Peraduan ini agak mencabar kepantasan kita dalam berfikir.Kita harus membuat sepatah perkataan dengan abjad yang kita ada.Dalam peraduan seperti shahiba sangat bagus kerana mengajar kita bahawa bahasa melayu bukanlah bahasa yang sangat mudah dan kita harus menggunakan bahasa ibunda kita dengan baik.Kita harus sayang dan bangga dengan bahasa ibunda kita.

Rabu, 30 Jun 2010

Aktiviti Berbahasa Melayu

Di Sekolah Rendah Yishun ada beberapa aktiviti yang mereka menganjurkan untuk murid-murid melayu dan aktiviti itu kelihatan menarik dan seronok.Salah satu aktiviti yang mereka ada ialah peraduan bercerita mungkin membuat cerita sendiri dan mungkin ada kaitan dengan kehidupan mereka sendiri.Ada yang lebih menarik bagi saya iaitu pesta buku melayu dengan menajakan pesta buku ini supaya murid melayu dapat membeli buku ini dan membaca sambil belajar perkataan baru.