Isnin, 15 November 2010

Tahun 2010 di WGPS

Pengalam saya semasa berada di dalam darjah lima ada pelbagai peristiwa.Ada yang manis dan ada juga yang pahit.
Kenangan manis yang saya akan ingat buat selama-lamanya ialah saya mendapat markah tertinggi dalam mata pelajaran Science dan saya pernah membuat persembahan untuk murid-murid darjah satu dan dua.
Kenangan pahit ialah saya tidak memenangi apa-apa dalam sesuatu pertandingan sukan dan saya gagal dalam mata pelajaran Matematik.Kenangan itu sangat pahit bagi saya walaupun begitu saya mendapat pelajaran dari kenangan pahit itu,pelajarannya ialah saya harus bersiapa terlebih dahulu untuk peperiksaan dan pertandingan.Pengalaman yang memalukan dan mengecewakan ialah pengalaman dimarahi guru kerana tidak membawa buku dan tidak mendengar arahan guru.Saya berasa malu dan kecewa akan diri saya.Mulai hari itu saya mendengar arahan guru dengan teliti.Pengalaman pahit yang saya lalui ialah saya bergaduh dengan rakan baik saya.Pelajaran yang saya pelajari ialah saya harus jaga dengan apa yang saya katakan.
Kenangan yang saya banggakan ialah saya mendapat nombor empat di dalam kelas saya dan saya mendapat peluang untuk ke Brunei Darulsallam bersama rakan-rakan sekelas saya dan saya tahu peluang ini tidak akan datang lagi.