Rabu, 31 Ogos 2011

Ucapan Hari Raya dan Hari Guru



Ramadhan baru sahaja meniggalkan kami dan Syawal pun datang. Syawal adalah bulan untuk kita meminta maaf. Saya hendak meminta maaf kepada semua rakan sekolah dan guru-guru. Saya hendak meminta maaf terhadap Nur Afeeqa dan Nikki Sabrina kerana saya selalu salah sangka dengan kamu berdua dan selalu mengutuk kamu berdua. Saya hendak meminta maaf zahir dan batin kepada semua orang. Mungkin saya telah melukai perasaan anda secara tidak sengaja ataupun sengaja. Maafkan saya dan Selamat Hari Raya :) Saya harap anda dapat duit raya yang banyak. Hehehehe :)




Ini adalah tahun yang terakhir saya berada di dalam sekolah rendah. Saya hendak mengucapkan Selamat Hari Guru kepada Mrs Phua (Guru darjah 1) , Cikgu Rosli (Guru bahasa Melayu darjah 1) , Miss Tan (Guru darjah 2) , Cikgu Fauziah ( Guru bahasa Melayu darjah 2 ) , Cikgu Shah ( Guru Melayu darjah 3 ) , Mrs Yohan ( Guru darjah 4 ) , Cikgu Tuty ( Guru bahasa Melayu darjah 4 - 6 ) , Mrs Wan ( Guru darjah 5 ) , Mdm Thuhaila ( Guru bahasa Inggeris darjah 5 dan 6), Mdm Lim ( Guru darjah 6 ) dan Miss Sharon Goh ( Guru darjah 4 ). Saya hendak meminta maaf.


Pantun untuk guru-guru yang telah mengajar saya :


Wahai guruku

Kau ibarat sebatang lilin

Menerangi alam kegelapan

Ku sanggup membakar dirimu


Wahai guruku

Kau insan yang mulia

Mendidik dan membimbing daku

Kaulah insan yang kusanjungi


Pantun Hari Raya :


Kucing oren memeluk lemang

Peluk lepas sampai tertidur

Semakin dekat raya menjelang

Maaf dipinta di hati luhur


Selamat Hari Raya :)
















Isnin, 1 Ogos 2011

Persiapan saya ...

Baru peperiksaan lisan untuk 'Prelim' berlalu. Peperiksaan lisan untuk 'PSLE' semakin hampir. Takut juga apabila guru-guru memberitahu saya bahawa tinggal beberapa minggu lagi untuk mengambil peperiksaan lisan untuk 'PSLE' tetapi itu adalah sebuah kenyataan bahawa semua murid-murid sekolah rendah akan mengambil peperiksaan ini.


Untuk peperiksaan lisan bahasa Melayu saya akan cuba membuat yang terbaik kerana saya agak lemah dalam kefahaman saya. Persiapan saya supaya saya membuat yang terbaik adalah dengan mendengar nasihat guru dan datang untuk kelas 'MOR' yang tersedia untuk murid-murid darjah enam. Saya juga akan membaca buku supaya saya dapat membaca dan bercakap dengan pengunaan bahasa baku.


Semoga kawan-kawan dapat lulus dengan cemerlang. :)

Jumaat, 15 Julai 2011

Faedah - faedah blogging

Menerusi blogging saya dapat banyak faedah. Tiga faedah tersebut adalah , saya dapat berkongsi ilmu dengan kawan - kawan saya yang saya jarang berbual , saya juga dapat berkongsi ilmu bersama mereka dan faedah terakhir adalah saya dapat menjadi lebih kreatif dan ini akan membantu saya dengan penulisan karangan.




Selasa, 5 Julai 2011

Cerita katak di bawah tempurung

Di sebuah kampung bernama Kampung Matahari . Tinggal seorang budak perempuan , neneknya dan ibunya. Nama budak perempuan itu ialah Nurul Junita , neneknya bernama Nenek Salmah dan ibunya bernama Fatimah. Nurul Junita berusia 14 tahun. Di sekolah , dia mempunyai beberapa kawan. Nama mereka ialah Sara dan Rina. Hubungan mereka rapat seperti isi dan kuku. Junita seorang budak perempuan yang gemar menonton drama. Dia tidak suka membaca surat khabar , menonton berita atau mendengar berita melalui radio.


Keesokan hari di sekolah pada waktu rehat , Junita dan dua orang kawannya sedang beratur di sebuah kedai yang terdapat di kantin sekolah mereka. Sambil menunggu giliran mereka , mereka berbual tentang bencana alam yang telah melanda negara jiran mereka.


" Engkau tahu tidak yang negara jiran kita telah dilanda bencana alam. Aku rasa kesian terhadap mereka , " kata Sara.



Rina mengganguk tanda faham. Junita kelihatan keliru. Sara tahu yang kawannya , Junita tidak tahu tentang hal ini kerana dia jarang sekali menonton berita apa lagi membaca surat khabar. Sara pun menerangkan kepada Junita apa yang telah berlaku di negara jiran mereka. Junita telah menyedari kesalahannya dengan tidak membaca atau menonton berita. Mulai hari itu Junita sering sekali menonton dan membaca berita.

Selasa, 28 Jun 2011

Cuti sekolah Jun




Pada cuti Jun yang lalu , saya ke 'Yishun Reservoir' bersama ahli keluarga saya . Di sana terdapat sebuah tempat untuk bermain air. Air di situ sungguh sejuk apabila sudah malam. Tempat itu kelihatan cantik ketika waktu malam. Tempatnya sungguh menarik sekali.

Pada Hari Bapa , kami ke 'Sakura Restaurant Buffet' untuk menyambut Hari Bapa. Makanan di sana sugguh lazat sekali. Kebanyakkan makanan di situ ialah makan Jepun. Saya dan adik-adik saya telah membuat sekeping kad untuk bapa kami.


Pada minggu yang ketiga , saya ke Melaka bersama keluarga. Kami menaiki kereta. Perjalanan mengambil masa empat jam. Jalan raya di Malaysia sungguh cantik. Kelihatan banyak pokok-pokok berwarna hijau. Saya berasa tenang sekali melihat keadaan di situ. Saya tertidur beberapa minit kemudian. Sejam kemudian , saya dikejutkan oleh nenek saya. Kami berhenti di tempat rehat untuk makan. Setelah itu , kami melanjutkan perjalanan. Dalam beberapa jam kemudian , kami tiba di Melaka. Kami terus ke Melaka Wonderland. Kami melihat tempat itu. Kami bercadang untuk ke situ selepas makan tengah hari. Kami ke rumah mak cik saya dengan segera. Selepas makan tengah hari , kami ke Wonderland. Kami berada di situ selama tiga jam. Apabila malam tiba , saya berasa takut kerana di dalam rumah itu terdapat tikus. Saya geli dengan tikus. Saya tidak dapat tidur kerana takut tikus-tikus itu masuk ke dalam bilik dan keadaan bilik itu sungguh panas. Pada keesokkan hari , saya sedang menyapu lantai dan tiba-tiba seekor tikus kelihatan berlari bersembunyi di bawah meja. Saya terpekik lalu meninggalkan pekerjaan itu. Saya begitu geli sekali melihat tikus itu. Pada malam tersebut , saya tidak dapat tidur sampai pukul 2 pagi. Pada hari ketiga , saya sedang menonton televisyen tiba-tiba saya ternampak seekor tikus masuk ke bawah meja lalu berlari ke sebuah bilik. Saya menaikkan kaki ke atas kerusi. Saya tidak akan dapt melupakan kejadian ini.






Selasa, 17 Mei 2011

Hari Vesak

Hari Vesak adalah sebuah cuti umum. Saya tidak kemana-mana pada hari tersebut. Saya hanya bermain komputer dan bermain di taman permainan. Saya bermain bersama kawan-kawan saya. Kami bermain kejar-kejaran dan bermain di dalam hujan. Kami berasa gembira. Baju dan seluar saya basah kuyuk.


Saya bermain gelongsor di dalam hujan. Keadaan gelongsor itu sungguh licin. Apabila saya turun dari gelongsor tersebut , kaki saya terseret di lantai tersebut. Kaki saya berasa sakit. Walaupun begitu , saya tetap bermain lagi. Perkara yang sama tetap berlaku.


Apabila saya pulang ke rumah , luka di kaki saya terasa lebih sakit. Beberapa minit kemudian luka tersebut sudah kering. Walaupun begitu saya tidak menyesal akan perbuataan saya tersebut kerana itu ialah kali pertama saya dapat bermain gelongsor di dalam hujan dan itu juga kali pertama saya bermain di dalam hujan. Saya berasa sungguh gembira.

Selasa, 26 April 2011

Binatang kegemaran saya...

Arnab spesis 'Lion Head'

Tentang arnab

Arnab ialah binatang kegemaran saya. Arnab sungguh comel. Terdapat banyak jenis spesis arnab di seluruh dunia. Salah satu spesis yang terdapat ialah 'Lion Head Rabbit'. Arnab jenis 'Lion Head' mempunyai bulu-bulu yang panjang di keliling mukanya, dan mukanya juga sedikit pendek.

Daging arnab

Daging arnab mempunyai kandungan protein yang tertinggi berbanding dengan daging kebiasaan dimakan oleh manusia. Dangingnya sangat sesuai dimakan oleh pesakit-peakit jantung dan orang-orang tua.

Lebih maklumat tentang arnab

Arnab betina mempunyai 2 rahim yang berasingan dan arnab dapat melihat kebelakang tanpa memusingkan kepalanya. Arnab adalah spesis herbivor iaitu memakan hampir semua tumbuhan hijau. Tempoh bunting arnab ialah antara 30 - 35 hari. Jangka hayat maksimum bagi seekor arnab ialah 12 tahun.

Penyakit-penyakit arnab

Terdapat banyak penyakit yang boleh dijangkiti arnab. Kanser telinga , kaki bengkok , memakan bulu sendiri , sembelit dan kudis boleh dijangikiti jika arnab tersebut tidak dijaga. Dengan menjaga arnab dengan cara yang betul seperti memberi arnab tersebut makanan dan minuman yang bersih , membersihkan sarangnya , membawanya berjumpa dengan doktor haiwan jika arnab tersebut sakit akan menjauhkannya dari penyakit-penyakit tersebut. Jika arnab tersebut sakit atau kelihatan lemah , bawanya ke doktor haiwan secepat mungkin supaya diperiksa dan dirawat secepat mungkin.

Isnin, 21 Mac 2011

Cuti Sekolah Mac Ini

Pada cuti sekolah Mac yang lalu , saya telah pergi ke Woodlands Waterfront bersama mak cik , pak cik dan adik-adik saya. Saya bermain di taman permainan bersama adik-adik saya. Saya berasa gembira walaupun itu sahaja tempat yang saya melawat ketika cuti sekolah ini. Saya sebenarnya hendak pergi membeli-belah di Vivo City , Jurong Point , Orchard , Suntec City , North Point dan Queensway kerana membeli-belah adalah salah satu hobi saya dan saya juga hendak berkelah di East Coast Park atau Sentosa.

Pada pendapat saya cuti sekolah di Singapura tidak mencukupi kerana kami sebagai murid diberi banyak kerja rumah apalagi jika mereka akan mengambil Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah ataupun 'O' level pada hujung tahun dengan tempoh masa yang sedikit.

Jika saya menjadi Menteri Pendidikan di Singapura saya akan memberi cuti sekolah selama dua minggu untuk setiap bulan dan guru-guru mereka tidak boleh memberi apa-apa kerja rumah selama dua minggu tersebut supaya mereka dapat rehat dan berasa gembira untuk tempoh yang diberikan.

Rabu, 16 Februari 2011

Minat saya...

Saya mengemari buku 'True Singapore Ghost Stories'. Penulis buku ini adalah Russell Lee. Bukunya ini telah mendapat perhatian kepada semua orang yang gemar membaca buku seram. Dia seorang yang misteri kerana dia memakai topeng apabila menghadiri sebuah acara.


Saya menggemari bukunya yang ke lapan. Cerita di dalam buku ini sangat seram sehingga saya termimpi pasalnya. Ceritanya sangat menarik. Saya tidak dapat melepaskan buku tersebut ketika membacanya.

Sabtu, 12 Februari 2011

Cita-cita ku...

Cita-cita saya apabila dewasa kelak nanti adalah untuk menjadi seorang penyanyi di Malaysia. Saya memilih untuk menjadi seorang penyanyi di Malaysia kerana industari hiburan mereka lebih besar dibandingkan dengan industari hiburan di Singapura. Idola saya ialah Stacy. Saya mengemari lagunya kerana rentak lagunya sangat rancak. Dia juga boleh menari sambil menyanyi. Staminanya sangat kuat.

Saya hendak menjadi seorang penyanyi kerana saya gemar menyanyi. Saya juga gemar menari. Untuk menjadi seorang penyanyi , saya harus mempunyai suara yang merdu. Jika saya hendak mempunyai suara yang merdu , saya tidak boleh memakan makanan yang manis dan saya harus minum air madu untuk menjaga suara saya.

Ahad, 23 Januari 2011

Persiapan untuk peperiksaan

Saya berasa ghairah ,takut dan agak tertekan tentang Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah kerana ini ialah peperiksaan yang penting dalam sekolah rendah.

Persiapan untuk mengambil peperiksaan ini ialah untuk mengulang kaji pelajaran di rumah , menghantar kerja rumah tepat pada waktunya. Jika saya kurang pasti tentang sebuah topik , saya akan memberitahu guru saya dan guru saya akan mengajar saya sekali lagi. Saya akan menulis nota tentang perkara yang mungkin akan diuji di peperiksaan di dalam sebuah buku supaya jika saya hendak mengulang kaji , saya hanya perlu melihat apa yang telah ditulis tentang subjek berikut. Saya akan membuat kerja rumah saya dengan bannga.

Rabu, 12 Januari 2011

Tentang diriku

Nama saya Nor Zafirah Binte Ismail. Tarikh lahir saya terjatuh pada 16 Januari. Saya gemar warna biru dan unggu. Hobi saya ialah menglungsuri internet dan saya juga gemar membaca majalah hiburan. Makanan kegemaran saya alah Asam Pedas. Saya ialah anak sulung kepada tiga adik -beradik. Kawan rapat saya ialah Nur Amirah , Seri Nasuha , Wafa Hamidah , Sophia Zahra , Siti Hannah dan NurFadlin. Saya suka menghiburkan kawan-kawan dan ahli keluarga saya. Saya gemar mendengar cerita kawan-kawan saya. Saya gemar mendengar lagu-lagu bahasa Inggeris dan Korea.
Matlamat saya pada tahun ini ialah untuk mendapat agregat 200 atau lebih untuk peperiksaan PSLE. Saya hendak mendapat gred B untuk bahasa Inggeris , gred A untuk bahasa Melayu , gred B untuk ilmu hisab dan gred B untuk sains.